Perihal Blog

Makanan bukan sahaja untuk menghilangkan kelaparan. Ia adalah suatu medium mempunyai nilai yang tersendiri dan artistik. Makanan juga adalah salah satu elemen dalam nadi kehidupan. Jika anda hanya diberi dua pilihan samada "makanan" atau "emas" untuk teruskan kehidupan dalam dunia yang serba kosong, apakah pilihan anda? Di sini kita dapat lihat bahawa "makanan" adalah barang yang bernilai dan lebih berharga daripada emas tanpa kita sedari. Ini kerana, tanpa makanan bagaimana kita dapat meneruskan kehidupan sedangkan emas hanyalah berharga apabila makanan itu wujud.

Demi peredaran masa, manusia kini telah mempelbagaikan jenis makanan. Daripada jenis makanan ruji sehinggalah pencuci mulut. Kita sekarang mampu memilih makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati setiap hari. Maka, kelazatan dan keenakkan makanan tersebut telah diterjemahkan kepada rasa yang tersendiri mengikut deria rasa lidah masing-masing dan lahirlah istilah "Citarasa" dalam dunia masakan.

"Saduran Rasa" akan menyuntik elemen kesederhanaan dalam masakan dan citarasa peribadi saya sendiri. Mungkin sesetengah masakan yang saya kemukakan di dalam blog ini tidak menepati citarasa anda tetapi terpulanglah kepada anda yang ingin terjemahkan rasanya. Sebagai seorang muslim saya hanya memilih bahan-bahan masakan yang bersih dan halal. Walaupun saya memasak masakan saya dengan merujuk resepi-resepi masakan luar yang menggunakan bahan seperti alkohol, saya akan mengabaikan terus bahan tersebut atau menggantikan dengan bahan halal yang lain.

Akhir kata, saya percaya bahawa setiap makanan yang dihidangkan adalah rezeki daripada Tuhan Yang Maha Pemurah dan kita haruslah menghargainya setiap masa.