Permulaan buat Saduran Rasa

Salam perkenalan. Saya Zaitie, sebagai hos utama blog Saduran Rasa {Glazzy Glaze The Cakes Online}. Saya sangat gembira kerana berjaya menghasilkan blog ini setelah sekian lama. Tujuan saya menulis blog ini adalah sebagai catatan peristiwa dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang wanita yang menyintai kelazatan dalam menikmati makanan dan naluri semulajadi kewanitaan untuk menyediakan makanan yang terbaik untuk ahli keluarga. 

Saya akan mencatatkan sebanyak yang mungkin mengenai makanan terutamanya pencuci mulut seperti kek, puding, tat, biskut dan sebagainya yang enak untuk dicuba, dirasa dan dinikmati. Begitu juga makanan yang dimasak sendiri oleh diri sendiri dan akan dikongsikan resepinya bersama anda. Saya gemar memasak sendiri dan saya pelbagaikan masakan saya dengan merujuk kepada buku-buku resepi dan juga internet. Sebelum ini, saya seringkali melayari laman blog yang lain dan terpana melihat cara mereka mempersembahkan gambar-gambar hasil masakan mereka dengan grafik beserta pengolahan yang menarik dan mengujakan. Hari demi hari saya semakin semangat untuk menghasilkan blog sedemikian dan berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang enak dan berbaloi untuk dimasak. Mungkin blog saya ini tidak semewah seperti yang diinginkan, tetapi saya akan berusaha untuk terus menimba ilmu untuk mempertingkatkan mutu blog ini untuk masa seterusnya.
 
Chocolate Chips Cookies ala Famous Amous
Kek Marmar Perisa Coklat & Strawberi
Fantasia Muffin
Kek Marmar Tiga Warna


"Mewahkan Citarasa Anda"