Selamat Hari Lahir suami ku.



Salam bahagia dan sejahtera.

Sekarang saya sedang menunggu suami sedang berbincang dengan 'wireman' untuk kerja-kerja elektrikal rumah kami. Inilah masa yang sesuai untuk saya 'update' blog ini kerana tiada kerja yang saya boleh buat ketika ini. Setelah ke Sri Jaya tadi untuk urusan lori, kami sebenarnya ingin singgah di Maran untuk makan ayam kampung tetapi tidak sempat pula kerana 'wireman' sudah datang ke rumah. Suami dah kempunan nak makan ayam kampung di Kedai Aloha, tetapi lupakanlah dahulu. Esok masih ada.

Pada 3hb lepas adalah hari lahir suami. Saya tidak membeli apa-apa hadiah kepada dia tahun ini tetapi saya telah menyediakan satu kek yang istemewa~"Red Velvet Cake". Kecewa, kerana saya tidak sempat untuk mengambil gambar kek yang saya telah masak. Adik-adik saya makan kek itu dan semuanya memberi komen yang memuaskan. Lain kali saya akan buat lagi dan tidak akan lupa untuk bergambar. Pada malam itu, suami dan saya ajak adik-adik dan ibubapa saya makan malam di hotel Grand Continental Kuatan. Jarang sekali kami makan bersama-sama di luar dan pabila ia berlaku, sememangnya ia adalah perkara yang menyeronokkan. Suami saya sukakan kesederhanaan, jadi saya tidaklah terlalu taksub melakukan sesuatu untuk sambutan hari lahirnya.


Mihun Kari Special dari Manja Kafeteria.
Adik dan Spaghetti Bolognese Au Gratin-nya.

'Final attempt'


Di Kafeteria Manja Hotel Grand Continental, suami saya memesan masakan istemewa di situ "Wellington Lamb Shoulder" (kecewa tidak ambil gambar kerana ia kelihatan istimewa, ia adalah hidangan yang terdiri daripada 3 kepingan daging kambing yang digril dengan sos barbeku~dagingnya lembut dan tidak berbau kuat) manakala saya pula Mihun Kari. Menurut 'waiter' di sini, Mi Kari hotel ini adalah yang terkenal di Kuantan. Saya menikmati Mi Kari ini sejak daripada kecil lagi dan rasanya tidak pernah berubah. Adik-adik yang lain pesan Kuew Teow Goreng, Spaghetti Bolognese Au Gratin (Adik saya kata sangat sedap dan saya turut merasa sedikit, dan sememangnya sedap~ lapisan pertama adalah keju mozarella yang dibakar manakala di bawahnya adalah lapisan pasta bersama kuah bolognese (berdaging) yang tidak terlalu cair, jadi rasanya adalah 'superb') manakala ibubapa saya memilih menu seperti saya juga ~ Mi Kari.