Selamat malam dan salam ukhwah buat semua,
Sudah seminggu ibubapa mertua ku berada di rumah sini. Minggu lepas saya dan suami terlalu sibuk menyambut kehadiran adik-beradik dan sepupu-sepapat yang datang ke rumah kami. Riuh dan meriah. Sudah lama tidak merasai suasana demikian. Maklumlah cuti sekolah yang telah berlangsung selama seminggu ini membuatkan mereka terasa ingin menderat ke rumah baru kami. Setelah itu, rumah kembali lengang dan tinggal kami berdua, ibubapa mertua ku serta anak saudara dan seorang anaknya yang masih kecil (ataupun cucu saudara kami).
Baiklah, kini saya ingin menceritakan bagaimana saya boleh menghasilkan apam dot dot pada petang ini.
Semalam adalah harijadi pertama cucu saudara kami yang bernama M. Shahir Irfan (tetapi kami memanggilnya dengan Ipan sahaja). Semalam kami tidak sempat membeli kek harijadinya kerana suami sibuk ke sana ke mari dan kami hanya tahu tarikh harijadinya di saat-saat akhir semasa di klinik semalam. Oleh kerana petang tadi saya 'free', jadi saya membuat apam ini untuk Ipan sempena harijadi ulangtahun 1 tahunnya. Asalnya saya hendak membuat muffin, tetapi 'checklist' barangnya tidak cukup pula.
Oleh kerana apam ini terlalau 'famous' jadi saya terlalu ingin mencuba memasaknya. Pada pertama kali saya membuat apam dot dot ini tidak berapa menjadi kerana tekstur apamnya yang tidak lembut dan terlalu pejal. Jadi ia membuat rasa apam tersebut menjadi sebal dan tidak enak. Pada masa itu saya menggunakan acuan yang besar dan menyebabkan kita bosan untuk menghabiskannya disebabkan rasa yang muak itu. Pada percubaan terbaru ini, saya menggunakan acuan yang lebih kecil dan ternyata ia lebih nikmat apabila dimakan sedikit-sedikit. Saya menggunakan resepi ini daripada laman
Bisous a Toi. Resepi ini sangat mudah & cepat dan bahan-bahannya amat mudah didapati di mana-mana sahaja. Jika tidak ada 'piping bag', gunakan plastik menjual air pun sudah memadai. Walaupun apam ini bernama apam dot-dot tetapi anda boleh menghasilkan corak-corak yang berlainan mengikut kreativiti sendiri. Oleh itu, saya mengambil dikesempatan ini untuk menghasilkan corak yang berbentuk huruf juga khas untuk Ipan.
|
My Grandnephew ~ Ipan |
Tips yang penting dalam memasak apam ini adalah kawalan api yang sederhana. Jika kita menggunakan api yang kuat, maka apam dot dot yang dihasilkan tidak berupa dot dot lagi tetapi menjadi apam mekar lava (jem terkeluar akibat permukaan apam yang merekah/mekar). Kemudian, jangan masak ia terlalu lama iaitu jangan lebih daripada 15 minit kerana ia akan menghasilkan tekstur apam yang kental dan tidak lagi lembut/'fluffy'.
Bagi yang ingin mencuba resepi apam dot dot yang telah saya buat ini, maka silalah rujuk
di sini.
|
Sila habiskan yuk! |